Blogger Layouts

Sabtu, 4 September 2010

SYAWAL BERTEMU LAGI...

SAYUP KEDENGARAN TAKBIR DI PAGI SYAWAL yang mulia ini.Segala pujian yang selayaknya menjunjungi keagungan dan kerahmatan ilahi yang merangkumi setiap makhluk-NYA di alam ini.Sungguh kerdil kita di hadapan NYA.Terasa kesayuan menyelinap di hati kecil seorang yang bergelar perantau.Bagi yang telah biasa menyambut hari raya berjauhan,mungkin kesedihan kurang terasa.Namun bagi adik-adik dan rakan seperjuangan yang julung kalimya berhari raya jauh dari tanah air,kesayuan dan kehibaan pasti terasa.Pasti ada yang menitiskan air mata di pagi syawal ini,namun biarlah titisan air mata yang mengalir itu kerana kepiluan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh barakah,barangkali inilah peluang pertemuan terakhir kita dengannya.Hanya Allah yang mengetahui.

Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kemenangan dan kejayaan umat islam,hadiah dari Allah Taala kepada hambanya,kerana Berjaya merintasi halangan dan cabaran yang besar sepanjang bulan Ramadhan,yang diuji dengan sedikit kelaparan dan kehausan di siang hari,serta menahan hawa nafsu dari segala bentuk maksiat dan kemungkaran.Malam harinya pula dihiasi dengan solat tarawih berjamaah ,tilawah al-Quran,berzikir,qiamullail dan sebagainya.Semestinya hari yang istimewa dan bernilai ini dimeriahi dengan takbir,tahmid dan tahlil,diikuti dengan amalan ziarah menziarahi di kalangan sudara-mara,sahabat-handai dan jiran-tetangga.Sikap suka bersedekah juga patutlah dipupuk pada hari yang mulia ini dengan mengeluarkan zakat fitrah.Bagi mereka yang tidak bernasib baik tidak harus sama sekali dilupakan.Mereka yang telah kembali kepangkuan Ilahi juga hendaklah diziarahi untuk dihadiahkan sekalung bacaan ayat sucu al-Quran.

Perlu diingat,suasana kemeriahan dan kegembiraan pada hari raya ini tidak seharusnya melalaikan kita daripada mengingati Allah,apatah lagi mencemari kesuciaannya dengan aneka program maksiat.Dari satu segi,kita umat islam memang dianjurkan untuk bergembira di hari ini dengan menyediakan juadah istimewa serta berpakaian indah,namun itu semua ada batasan dan hadnya yang harus dijaga.

Akhirnya sempurnakanlah puasa kita diikuti dengan puasa sunat enam hari di bulan syawal,yang mana pahalannya seumpama setahun berlapar dahaga...

KETUPAT DIAYAM RAPI SEKALI,

BUAT DIHIDANG DI AIDILFITRI,

AMALKAN SIKAP ZIARAH-MENZIARAHI,

LUPAKAN SENGKETA POHON MAAFI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan