Blogger Layouts

Sabtu, 4 September 2010

SYAWAL BERTEMU LAGI...

SAYUP KEDENGARAN TAKBIR DI PAGI SYAWAL yang mulia ini.Segala pujian yang selayaknya menjunjungi keagungan dan kerahmatan ilahi yang merangkumi setiap makhluk-NYA di alam ini.Sungguh kerdil kita di hadapan NYA.Terasa kesayuan menyelinap di hati kecil seorang yang bergelar perantau.Bagi yang telah biasa menyambut hari raya berjauhan,mungkin kesedihan kurang terasa.Namun bagi adik-adik dan rakan seperjuangan yang julung kalimya berhari raya jauh dari tanah air,kesayuan dan kehibaan pasti terasa.Pasti ada yang menitiskan air mata di pagi syawal ini,namun biarlah titisan air mata yang mengalir itu kerana kepiluan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh barakah,barangkali inilah peluang pertemuan terakhir kita dengannya.Hanya Allah yang mengetahui.

Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kemenangan dan kejayaan umat islam,hadiah dari Allah Taala kepada hambanya,kerana Berjaya merintasi halangan dan cabaran yang besar sepanjang bulan Ramadhan,yang diuji dengan sedikit kelaparan dan kehausan di siang hari,serta menahan hawa nafsu dari segala bentuk maksiat dan kemungkaran.Malam harinya pula dihiasi dengan solat tarawih berjamaah ,tilawah al-Quran,berzikir,qiamullail dan sebagainya.Semestinya hari yang istimewa dan bernilai ini dimeriahi dengan takbir,tahmid dan tahlil,diikuti dengan amalan ziarah menziarahi di kalangan sudara-mara,sahabat-handai dan jiran-tetangga.Sikap suka bersedekah juga patutlah dipupuk pada hari yang mulia ini dengan mengeluarkan zakat fitrah.Bagi mereka yang tidak bernasib baik tidak harus sama sekali dilupakan.Mereka yang telah kembali kepangkuan Ilahi juga hendaklah diziarahi untuk dihadiahkan sekalung bacaan ayat sucu al-Quran.

Perlu diingat,suasana kemeriahan dan kegembiraan pada hari raya ini tidak seharusnya melalaikan kita daripada mengingati Allah,apatah lagi mencemari kesuciaannya dengan aneka program maksiat.Dari satu segi,kita umat islam memang dianjurkan untuk bergembira di hari ini dengan menyediakan juadah istimewa serta berpakaian indah,namun itu semua ada batasan dan hadnya yang harus dijaga.

Akhirnya sempurnakanlah puasa kita diikuti dengan puasa sunat enam hari di bulan syawal,yang mana pahalannya seumpama setahun berlapar dahaga...

KETUPAT DIAYAM RAPI SEKALI,

BUAT DIHIDANG DI AIDILFITRI,

AMALKAN SIKAP ZIARAH-MENZIARAHI,

LUPAKAN SENGKETA POHON MAAFI.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ahad, 1 Ogos 2010

x sihat

begitulahkan hidup niee...ada masa sihat...ada masa x sihat...mase sihat 2 semua bnda kita leh uat...tp lau sakit..sukar tok kita melakukan sesuatu 2...
n
tiba-tiba jew...sakit begini menimpa diri...x penah selama nie begini...
lau ad pun biase2 jew..
ini semua untuk menguji diri ini...adakah kuat atau sebaliknya..
tp
syukur..
dh bertambah baik...
alhamdulillah...

Sabtu, 31 Julai 2010


BUATMU DI HARI JADI
  • semoga panjang umur
  • semoga cita-cita tercapai
  • murah rezeki
Usiamu meningkat seiring kematangan!
Haruslah kau harungi dengan ketabahan!
Terimalah realiti hidup ini,
Semakin kau dewasa,
Semakin banyak dugaan.....
:-)

happy bhday 2 u...
syu..

sumber:adab puasa dan solat terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

kelebihan ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baih

HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.





ujian

"walaupun kita berada di dalam satu proses tarbiyah,ALLAH pasti menguji kita...cuma terpulang pada kita untuk jatuh atau
bangkit semula....tetapi kita perlulah kuat dalam menghapi segala ujian dariNYA dan sebab itu kita perlu sentiasa menjaga hubungan dengan NYa,sentiasa mengingatiNYA supaya kita
terus tabah"

InsyaAllah...

Sabtu, 1 Mei 2010

Assalamualaikum

haaaaaa....
sekian lama nyer blog nie x terusik dek kerana kehilangan kata tok berbicara..
tp,ini hari..aq ingin berkongi sedikit kisah..kisah benar...x lain x bkn kisah...
kisah kau dan aku..huahua
x lah
kisah aq ngn mmber2 aq la..xkn la kisah benar lak..aq nie bkn nyer penulis atau pengulas cerita..hu6
akhirnyerrrr....

n tw apew...
taaaaaadaaaaaaaaaaaaaaaa...

semalam..dalam keadaan bowing yang teramat sgt..
n keadaan yang x tw nk wt pew..
aq pun mula la menerokew apew yg hendak di lakukan..
mula nyer 2..aq bke laman facebook aq...
aq tengok x ramai pun ag mmber2 aq..
yang ad pun..(mmber yg knl lam nie gak...tp..aq bersyukur..diaorang lah yg menceriakan
ari2 aq

..thnks yea...)
bkn mmber lme2 dulu..
bkn mmber yg mmg dh knl..
(smbil pk..kalau lah aq ad mmber2 yg dulu kn best..)
yg dulu2 2..time skolah laa...
skolah mngah kew,rendah kew,tadika kew...
x kisah..
(kemane la mereka mnghilag yea..)

n
tok menambahkan kenalan aku di fb..
mencari mmber2 lme 2..
mengisi mse aq yg kosong 2...
aq mulalah berfikir sejenak.hu2
n
aq pun dapat la idea..

haaaaaaa.....apew yea..
aq jelajah mne2 fb yang ad..
aku mula search n taip..apew nme jew yg terlintas kt akal fikiran aq nie..
(yg baik2 jew la...)

last2...xdpt pun..
sad sgt sgt2...urmmm

tp2 tp2 n tp
aq terpikir yg aq ad..laman fb sekolah aq dulu..
apew ag..SMKG laa..hu2

seronok bkn kepalang..
aq apew ag mula search fb SMKG 2..
n..p kt friends lam 2..
buke satu2 tw..
(ngn ati yang tertanya..adakah tersenarai mmber2 lme dulu???)

yapp...mmg ad..
ad ramai ar gak..
fuhh..bkn main diowang..apew???
perubahan laa...perubahan mntal dan fizikal ag..he2
masing2 menuju kerjaya..
(aq harap n aq doakan kauorang berjaya yea..berjaya mencapai hasrat,harapan.cita2 n apew yg kauorang impikan selame inieee..)

aq add skit sebnyak...
tpppii..bebrapew owang jew..
xpew2..aq akan terus kn jelajah ag 2..
mengeratkan kembali apew yg dh terlerai..
yg psti aq akn sentiase bke fb SMKG 2
selagi hayat dikandung badan..
ane tw...ad mmber2 lme add ctu..kn kn kn...hu2

p/s:apew2 pun..bgs gak ad fb nie..
lau x...aq ase mmg sukar tok mmcari kembali mmber2 lme..
yg dh pergi bawa diri..n mmbawa lari..hu2
thnks yea facebook..
aq juge berharap..berharap yg aq akn bertemu same teman2 lame..


I MISS YOU ALL

Rabu, 14 April 2010

lucu-lucu

tgh hari xdi dalam pukul 12 lebih gtu...aq p pejabat pos..
dengan tujuan nk pos barang kt member aq..
disebabkan first time p pejabat pos sebab nk pos barang..so xtw mcm mne lah..
(biase p pos surat jew)

sampai jew kt pejabat pos 2...aq pun p lah kt kaunter pos barang..
tercegat jew lah kt ctu...jab 2..adlah kerani pompuan nie tanya:

kerani pompuan:dik,nk pos gapo..pos laju kew,pos ekspres kew,pos biase(dengan laju
n cepat nyer dia berbicara...)
aq :hah..nk pos barang(ngan selamba nyer tunjuk la bungkusan yang sya bawak)
kerani pompuan:pos laju kew,pos ekspres kew,pos biase..(gtu lah plok ase dia ulang...
x bapew nk dgr atek..)
aq :hah..pos laju lah..
kerani pompuan:ambik lah ctu..bore warna oren 2...
aq :aq pown ambik laa..phtu gak g lah isi(sambil2 tgk contoh)

aq pown isi lah..lepas jew isi 2...aq pown p lah balik kt kaunter pos barang 2..tercegak lah polok kt ctu...dop jab ctu..ad lah plok abg kerani nie tnya:

abg kerani:lepas isi..awk mari cni deh(kaunter dia jaga)
aq :okey(sambil2 semak balik apew yg aq isi 2)
abg kerani:mne bore awk nyer..
aq :p lah kt kuanter abg kerani 2(aq hulur lah bore kt abg kerani 2..)
abg kerani:dia pown semak laah...n dia suke(cm lain jew)..sebab(aq jz nk pos barang 2
kt area
tumpat nie jew...)abg kerani 2 kta...baik p anto sendiri jew..
aq :diam jew..(senyum2)malas la..panas2 nie..
abg kerani:gewe pasal
aq :senyap jew....

kebetulan pulak mse 2 ad pelangan yang ngah wt bayaran kt kaunter...japut lah fok2 dia..
x apew lah..perkare biase lah 2 kn...
hu2

abg kerani:x nyesal kew?
aq :x(lam ati..knpew lak nk nyesal...lau nyesal x mai la)
abg kerani:sungguh
aq :yap

abg kerani 2 pown p lah timbag barang 2..

abg kerani:ermmmm
aq :bkpo?
abg kerani:puluh ya(rm 10.00)
aq :puluh ya(hulur kan duit)..smbil tgu resit..
abg kerani:hulurkn baki..(tujuh ya jah..)
aq :pulok..
abg kerani:kalu oyak 7 pun v puluh jugak..
aq :sengeh jew lah..
abg kerani:bagi resit(time ksh)
aq :time ksh jgk..
abg kerani:x nyesal
aq :x pown..
abg kerani:gewe punya pasal xpo..
aq :snyap je..


gtu lah nyer perbualan antare aq ngn kerani2 kt pjbat pos 2..
pew2..leh wt pengalaman..huhu

tp yg hairan nyer...
kt mne2 pown bnda nie..msti org akn ckp gewe..
biarlah 2 cume tok sepupu kew, kwan kew.mmmber kew,abg kew,fmly kew..
pelik lah kan...


tp apew2 pown time ksh..kt kerani2 ctu..
bg layanan yang baik..mesra pelanggan gtu..hu2

Selasa, 16 Mac 2010

hawa

Hawa, Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. . Hawa, Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. .

Hawa, Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanya. . Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrim kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. .Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan. .

Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .

Hawa, Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. . Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia menggoncang iman lelaki..


Selasa, 9 Mac 2010

manusia

MANUSIA lahir diatas dunia ini dibekali dengan fitrah.Disamping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang.Namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri,sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih..

Tidak semua jiwa mendapat hidayat dan bimbingan Allah,dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan hidup yang berpanjangan.Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh,solat,zikir,doa,istighfar dan ibadat-ibadat yang dianjurkan Allah SWT.

Beramallah sesuai dengan anjuran islam,iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan amalan dan ibadat yang dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.Dan bibirnya sentiasa basah dengan berzikir,membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia,kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan.Tiada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan seorang insan itu melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT…










hadis

Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu : 1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. Zakat dijadikan hutang. 4. Suami yang menuruti kehendak isteri. 5. Anak derhaka kepada ibunya. 6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka. 10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 13. Para artis disanjung (menjadi pujaan). 14. Muzik banyak dimainkan. 15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

kita selalu bertanya dan Quran telah pun menjawabnya

Kita bertanya:Kenapa aku sering diuji?

Quran menjawab:Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan,”Kami telah beriman,sedangkan meraka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta”Surah al- Ankabut,ayat 2-3.

Kita bertanya:Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab:”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”Surah al-Baqarah,ayat 216.

Kita bertanya:Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab:”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”Sural al-Baqarah,ayat 286.

Kita bertanya:Kenapa kita rasa frust dan selalu tension?

Quran menjawab:”Janganlah pula kamu bersikap lemah dan bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang beriman”Surah Ali-Imran,ayat 139.

Kita bertanya:Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab:”Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan sabardan mengerjakan sembahyang,dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”Surah al-Baqarah,ayat 45.

Kita bertanya:Kepada siapa aku mesti berharap?

Quran menjawab:”Cukuplah Allah bagiku,tiada Tuhan selain daripadanya.Hanya kepadanya aku bertawakal”Surah at-Taubat,ayat 129.

Kita bertanya:Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab:”sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”Surah at-Taubat,ayat 111.

Kita sering berkata:Aku tidak tahan!!

Quran menjawab:”…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir”Surah Yusuf,ayat 12.

Kita bertanya lagi:Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab:”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” Surah al-Insyirah,ayat 5-6

Sudah!Jangan mengeluh lagi.Pergi baca Quran!

Rabu, 24 Februari 2010

fon baru...

Dapat telifon baru…yeahhh…skenyerr lahhh

Alhamdulilah akhirnya kan..Dapat gak ganti kan ngan telifon yang lama…


Bb telifon lame 2,dia pnya speaker rosak…so x dapat lah dengar lau ad koling2…

N sekarang walaupun fon baru nie smple tp…blh laa sekoda msj2 n

Yang penting dapat dengar lau ad koling2 dr mne2…

So terima kasih …

Adik happy...



cm ne????


simple kn...tp bsyukur...

alhmdulilah



Jumaat, 19 Februari 2010

ibu

"ibu kaulah segala-galanya insan yang teristimewa dalam hidup..tanpamu tiada lah aku..pengorbananmu tidak ternilai harga nya,tidak boleh ditukar ganti walau dengan segunung intan permata sakalipun"..

..TERIMA KASIH IBU..

ketenangan






Sabtu, 13 Februari 2010

naleng

pg xdi..ciap2 nk p lamar bakti kt wat lesen..nk p wat ujian kmputer..
mse dop ciap2 2..mcm2 prsaan dop mari..
naleng laa...bimbe laa...takut laa...
bke gapo...naleng,bimbe n takut ko x lulus jah...

tp 2 lah....di sebalik nyo lah plok...
alhmdulilah lulus ngn skali ujian jah...
so x plu lah wt ag...
lulus pun dapat 46/50 jah...tp 2 kira ok doh..
dr x lulus 2...
ambik mse wak pun dlm 19 mnit
blh laa kn...
kiro blh laa..huhu
aq taget nyo 42 jah...kiro atas2 pagar...
tp dsbalik nyo lbh drpd 2...
mjur lah gtu gak...

fuhhh...bkan main hppy ag..
bsyukur laaaa...

yang pnting time nk wt ujian 2..
walupun naling,takut n bimbe
jgn dup pk ag...
rlax2 sdah lah...
pahtu jge dop lorak...

n

time ksh..pd fmly yg bg smangat kt aq..x lupa gak pada tnaga pngajar kt lamar bakti
n juga buat..tnaga pngajar kt wt ujian kmputer 2...

Sabtu, 30 Januari 2010

class driving....

haaaa....ari nie p lubok jong...
wt pew???....masuk class driving....
bb nk wt lesen laaa...
n
aq wat lesen motorcycle dan car....jew
tp...ni hari petama lah..
jd nyer...masuk lah dulu...kelas KPP...
biase lah mula dari bawah kan...huhu...
tp mmg kne msuk kelas 2 gak kn...gne2 kn...apew lah aq nie...

mmg agak lama duk kat lamar bakti 2...
bjam-jam...bb kelas 2 mmg bjam-jam pun..hu2
pastu,bkn main ramai ag...pelajar nyer...
mcm ad wt pesta kt ctu....
tp nasib lah...aq bru ag...so kne duk kt dalam kelas jew.....lam kelas ramai ar gak pelajar2 nyer...ada lah dalam 49 owang...
tok dgr ceramah drpd cikgu2 yang bkaitan...

ok lah...nk smbung bce buku kpp nie luuu...
nti nk p wt ujian....nk kasi lulus lah...
cepat ckit dapat msuk bngkel...

time kash yea...buat warga lamar bakti...
ngan sgala ilmu yang diberikan...s-


Rabu, 27 Januari 2010

kejadiaan manusia....

MANUSIA lahir diatas dunia ini dibekali dengan fitrah.Disamping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang.Namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri,sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.. Tidak semua jiwa mendapat hidayat dan bimbingan Allah,dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan hidup yang berpanjangan.Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh,solat,zikir,doa,istighfar dan ibadat-ibadat yang dianjurkan Allah SWT. Beramallah sesuai dengan anjuran islam,iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan amalan dan ibadat yang dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.Dan bibirnya sentiasa basah dengan berzikir,membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia,kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan.Tiada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan seorang insan itu melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT...s-