Blogger Layouts

Isnin, 28 Februari 2011

بسم الله الرحمن الرحيم



Tepat pukul 12.00 malam genaplah bertarikh 28.01.91 maka lahirlah seorang puteri yang comel cukup segala kesempurnaan..hu2.
Diberi nama Siti Nurul Nasyawwarah binti A'adeli dan disambut dengan penuh kasih sayang serta penuh dengan kesyukuran oleh Ayahanda dan Bondanya.
Tergambar seribu cahaya kegembiraan di wajah kedua pasangan ini diatas kelahiran puteri yang dinanti-nantikan selama ini.
Moga dapat membawa segala seribu rahmat & kegembiraan kepada Ayahanda dan Bondanya dengan dimurahkan rezeki serta menjadi hamba yang solehah...

InsyaAllah....Amin...!!!..



************


*******


****

*****


**




(sEbElUm)



(SeLePaS)

Thanks pada kekewan yang sudi wish my birthDaY..
mY Allah bleSS u ALL (:

x lupa jgk wt kawan2 satu bilik tu..
yang sambut my birthday
thnks yea...pandai lakonan korang...
huhuu..(tabik spring)


p/s : lmbt post kn....bz kit...he2

Kita selalu bertanya dan Quran telahpun menjawabnya…

Kita bertanya:Kenapa aku sering diuji?

Quran menjawab:Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan,”Kami telah beriman,sedangkan meraka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta”Surah al- Ankabut,ayat 2-3.

Kita bertanya:Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab:”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”Surah al-Baqarah,ayat 216.

Kita bertanya:Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab:”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”Sural al-Baqarah,ayat 286.

Kita bertanya:Kenapa kita rasa frust dan selalu tension?

Quran menjawab:”Janganlah pula kamu bersikap lemah dan bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang beriman”Surah Ali-Imran,ayat 139.

Kita bertanya:Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab:”Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan sabardan mengerjakan sembahyang,dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”Surah al-Baqarah,ayat 45.

Kita bertanya:Kepada siapa aku mesti berharap?

Quran menjawab:”Cukuplah Allah bagiku,tiada Tuhan selain daripadanya.Hanya kepadanya aku bertawakal”Surah at-Taubat,ayat 129.

Kita bertanya:Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab:”sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”Surah at-Taubat,ayat 111.

Kita sering berkata:Aku tidak tahan!!

Quran menjawab:”…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir”Surah Yusuf,ayat 12.

Kita bertanya lagi:Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab:”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” Surah al-Insyirah,ayat 5-6.