Blogger Layouts

Selasa, 16 Mac 2010

hawa

Hawa, Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. . Hawa, Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. .

Hawa, Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanya. . Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrim kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. .Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan. .

Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .

Hawa, Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. . Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia menggoncang iman lelaki..


Selasa, 9 Mac 2010

manusia

MANUSIA lahir diatas dunia ini dibekali dengan fitrah.Disamping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang.Namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri,sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih..

Tidak semua jiwa mendapat hidayat dan bimbingan Allah,dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan hidup yang berpanjangan.Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh,solat,zikir,doa,istighfar dan ibadat-ibadat yang dianjurkan Allah SWT.

Beramallah sesuai dengan anjuran islam,iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan amalan dan ibadat yang dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.Dan bibirnya sentiasa basah dengan berzikir,membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia,kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan.Tiada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan seorang insan itu melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT…










hadis

Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu : 1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. Zakat dijadikan hutang. 4. Suami yang menuruti kehendak isteri. 5. Anak derhaka kepada ibunya. 6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka. 10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 13. Para artis disanjung (menjadi pujaan). 14. Muzik banyak dimainkan. 15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

kita selalu bertanya dan Quran telah pun menjawabnya

Kita bertanya:Kenapa aku sering diuji?

Quran menjawab:Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan,”Kami telah beriman,sedangkan meraka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta”Surah al- Ankabut,ayat 2-3.

Kita bertanya:Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab:”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”Surah al-Baqarah,ayat 216.

Kita bertanya:Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab:”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”Sural al-Baqarah,ayat 286.

Kita bertanya:Kenapa kita rasa frust dan selalu tension?

Quran menjawab:”Janganlah pula kamu bersikap lemah dan bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang beriman”Surah Ali-Imran,ayat 139.

Kita bertanya:Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab:”Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan sabardan mengerjakan sembahyang,dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”Surah al-Baqarah,ayat 45.

Kita bertanya:Kepada siapa aku mesti berharap?

Quran menjawab:”Cukuplah Allah bagiku,tiada Tuhan selain daripadanya.Hanya kepadanya aku bertawakal”Surah at-Taubat,ayat 129.

Kita bertanya:Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab:”sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”Surah at-Taubat,ayat 111.

Kita sering berkata:Aku tidak tahan!!

Quran menjawab:”…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir”Surah Yusuf,ayat 12.

Kita bertanya lagi:Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab:”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” Surah al-Insyirah,ayat 5-6

Sudah!Jangan mengeluh lagi.Pergi baca Quran!